logo
mia

ZANZALI MOHAMAD & CO - NF0975

Rakan Perakaunan Anda

Perakaunan Pengurusan | Audit | Cukai Pendapatan

Tentang Kami

Nama Firma

Zanzali Mohamad & Co

No. Pendaftaran

NF0975

Perintis

Dato’ Zanzali Bin Mohamad

Visi & Misi

Menjadi sebuah firma profesional dalam bidang perakaunan dan membantu semua pelanggan dalam menguruskan syarikat dengan lebih teratur dan sistematik.

Polisi Kami

Masalah pelanggan kami adalah masalah kami.

Kami sentiasa akan bersama dengan pelanggan dalam segala urusan akaun dan syarikat.

Perkhidmatan Kami

Akaun Pengurusan

Kami menyediakan perkhidmatan akaun pengurusan kepada pemilik perniagaan dan syarikat. Kami akan mengumpul semua rekod transaksi bagi tujuan untuk menyediakan akaun pengurusan bagi membolehkan anda melaporkan kepada juruaudit dan agen cukai.

Akaun Projek

Kami juga menyediakan perkhidmatan akaun projek bagi membolehkan pendapatan projek dan perbelanjaan projek dapat dikira dengan betul sebelum ianya disatukan dalam akaun perniagaan.

Akaun Perniagaan

Sekiranya anda adalah seorang pemilik perniagaan tunggal atau perkongsian. Anda perlu menyediakan akaun kewangan dan melapor pendapatan berkanun perniagaan kepada pihak LHDN setiap tahun sebelum 30 Jun.

Akaun perniagaan tunggal melibatkan hasil perniagaan, kos pengeluaran atau jualan serta kos pentadbiran. Ketika menyediakan akaun kewangan, anda juga perlu menyediakan pengiraan cukai pendapatan, elaun modal, kerugian terkumpul dan sebagainya.

Anda perlu peka terhadap perbelanjaan dibenarkan dan tidak dibenarkan. Sekiranya pihak LHDN menjalankan audit, anda mungkin menghadapi masalah sekiranya tidak mengambil kira perbelanjaan dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Pengurusan Syarikat

Sekiranya anda mempunyai syarikat sendirian berhad, besar kemungkinan anda boleh menghadapi masalah urusan dengan pihak SSM dan LHDN.

Pihak setiausaha, juruaudit dan agen cukai perlu peka terhadap keperluan akta syarikat dan akta cukai pendapatan untuk memastikan ahli lembaga pengarah sentiasa waspada terhadap pematuhan akta.

Anda boleh dikenakan tindakan sekiranya laporan audit tidak disediakan, annual return tidak dikemukakan, borang C cukai pendapatan tidak dilaporkan dan borang E laporan majikan tidak dilaporkan.

Anda boleh melantik kami sebagai wakil pengurusan akaun anda dan kami akan menyediakan akaun pengurusan serta berhubung dengan pihak auditor, agen cukai dan setiausaha syarikat untuk mengemaskini data kewangan syarikat dalam SSM dan LHDN.

Perlesenan

Kini semua telah menjadi atas talian, anda mungkin memerlukan bantuan atau khidmat kami untuk mendaftarkan perniagaan anda kepada SSM, Kementerian Kewangan (MOF/EP) atau CIDB (G1-G7) dan Skor.

Kami bersedia untuk membantu anda.

Perundingan Perniagaan

Sekiranya syarikat anda tidak menyediakan akaun atau laporan audit bagi tahun-tahun kebelakangan., atau

Sekiranya syarikat anda menghadapi tindakan daripada pihak SSM dan LHDN

Kami boleh membantu anda dengan berunding dengan pihak SSM dan LHDN.

Pelanggan & Pengalaman Kami

AKN Construction (M) Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai perunding untuk kes penyelesaian LHDN bagi tahun 2002-2005. Kes berjaya diselesaikan pada tahun 2007.

Syrabase Construction Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai akauntan syarikat pada tahun 2012 bagi menyelesaikan laporan audit tertunggak. Sehingga sekarang perkhidmatan diteruskan sebagai penyedia akaun pengurusan, perunding dengan pihak auditor, setiausaha, SSM dan LHDN.

Kenal Urus Enterprise

Perniagaan Tunggal

Kami dilantik sebagai perunding pengurusan perniagaan bagi projek MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SMK YAHYA PETRA 1 BAGI TEMPOH MULAI 1 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2015 (24 BULAN) 

Kami juga dilantik sebagai perunding pengurusan perniagaan bagi projek MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SM VOKASIONAL KUALA KRAI BAGI TEMPOH MULAI 1 JANUARI 2016 HINGGA 31 DISEMBER 2017 (24 BULAN)

Menjadi pihak perunding untuk menghadapi audit luaran LHDN bagi pihak Kenal Urus Enterprise.

Sirehill Trading

Perniagaan Tunggal

Kami dilantik sebagai perunding pengurusan perniagaan bagi projek MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SMU(A) DARUL SALAM  1 BAGI TEMPOH MULAI 1 JUN 2015 HINGGA 31 MEI 2017 (24 BULAN) 

Menjadi pihak perunding untuk menghadapi audit meja LHDN bagi pihak Sirehill Trading dimana pihak LHDN meminta untuk mengemukakan akaun perniagaan sejak ditubuhkan iaitu pada tahun 2004 sehingga 2016.

Wansy Trading

Perniagaan Tunggal

Kami dilantik sebagai perunding pengurusan perniagaan mulai 2014.

Menjadi pihak perunding untuk menghadapi audit meja LHDN bagi pihak Wansy Trading dimana pihak LHDN meminta untuk mengemukakan akaun perniagaan dua tahun kebelakangan.

Kami juga telah menyediakan akaun projek dengan menggunakan google drive / google sheet bagi membolehkan tuan perniagaan mendapat laporan keuntungan dan kerugian perniagaan dengan cepat dan tepat.

Airis Anggun Resources

Perniagaan Tunggal

Kami dilantik sebagai perunding pengurusan perniagaan bagi projek
MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SMK PAHI  BAGI TEMPOH
MULAI 1 JUN 2015 HINGGA 31 MEI 2017 (24 BULAN).

Seterusnya dilantik untuk projek MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE ASRAMA SMK HAMZAH BAGI TEMPOH MULAI 1 JUN 2017 HINGGA 30 SEPT 2020 (39 BULAN). (Sub Kontraktor)

 

Inspirasi Darul Naim Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai perunding bagi kes mahkamah dengan SSM. Kes diselesaikan dengan mengurangkan kompaun dan diselesaikan diluar mahkamah

 

Leader Global Heritage Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai perunding akaun bagi tahun 2018

 

Excellent Business Solutions Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai perunding akaun bagi menyelesaikan akaun tertunggak sejak tahun 2013 sehingga 2019.

Perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela.

 

Advance Reality Resources

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik sebagai perunding akaun bagi menyelesaikan akaun tertunggak sejak tahun 2013 sehingga 2019.

Perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela.

 

Advance Integral Resources

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela dan bagi urusan penutupan syarikat dengan SSM.

 

Istalia Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela dan bagi urusan penutupan syarikat dengan SSM.

Zanco @ Oasis Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela dan bagi urusan penutupan syarikat dengan SSM.

Selera Bonda Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela dan bagi urusan penutupan syarikat dengan SSM.

Hockny Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak LHDN bagi urusan pengakuan suka rela dan bagi urusan penutupan syarikat dengan SSM.

TKS Mining Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak setiausaha, auditor, agen cukai, SSM dan LHDN bagi urusan penyelarasan Annual Return, Perubahan Pemegang Saham, Laporan Audit dan Taksiran Cukai

 

KBJ Steel Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk perundingan dengan pihak setiausaha, auditor, agen cukai, SSM dan LHDN bagi urusan penyelarasan Annual Return, Perubahan Pemegang Saham, Laporan Audit dan Taksiran Cukai

Air Tilam Enterprise Sdn Bhd

Syarikat Sendirian Berhad

Kami dilantik untuk menyelesaikan akaun tertunggak sejak ditubuhkan pada tahun 1996.

 

Senarai Pelanggan Perakaunan

Nama

Jenis

Mula

Kenal Urus Enterprise

Pemilikan Tunggal

2012

Syrabase Construction Sdn Bhd

Syarikat

2012

Airis Anggun Resources

Pemilikan Tunggal

2014

Sirehill Trading

Pemilikan Tunggal

2014

Wansy Trading

Pemilikan Tunggal

2014

Excellent Business Solutions Sdn Bhd

Syarikat

2015

DWanie Berkat Enterprise

Pemilikan Tunggal

2017

ARCS Resources

Perkongsian

2017

Dr. Fazirah Binti Abdullah

Pemilikan Tunggal

2017

NI Technic & Trading

Pemilikan Tunggal

2018

Leader Global Heritage Sdn Bhd

Syarikat

2018

Koperasi Kakitangan Perunding IMS

Koperasi

2018

Platinum Tech Consult

Perkongsian

2018

KBJ Steel Sdn Bhd

Syarikat

2018

TKS Mining Sdn Bhd

Syarikat

2018

Jurutera Perunding GSA Sdn Bhd

Syarikat

2018

Chambers of Siva

Lawyer Firm

2019

Wan Fazlia Bt Hj Wan Mokhtar

Individual

2020

Contact Us

Head Quarters

B-6-06, Jalan PJU 1A/7A,
Oasis Square Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor,
Tel: +603 7832 3090 Fax: +603 7832 3092

Kota Bharu Branch Office

PT 2493-B, Level 4, Jalan Hospital
Kota Kenangan,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: +609 7422 881

Our Visitor

0 0 2 4 1 5
Users Today : 2
Total Users : 2415
Views Today : 2

Bagaimana kami boleh membantu anda?

Sila kemukakan sebarang soalan, pertanyaan, komen atau pendapat anda


© 2020 Zanzali Mohamad & Co